Bayi perempuan dua bulan ditemui dalam beg dekat Bukit Jalil

Bayi perempuan dua bulan ditemui dalam beg dekat Bukit Jalil. Seorang bayi perempuan berusia dua bulan ditemui orang awam di kawasan kedai makan di Jalan 14/115c, Pangsapuri Sri Rakyat, Bandar Baru Bukit Jalil, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 10.49 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati bayi perempuan tersebut telah ditemui ditinggalkan di dalam beg dan diletakkan di kawasan kedai makan.

Beliau berkata, pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia telah tiba di lokasi kejadian dan membuat pemeriksaan terhadap bayi tersebut.

“Bayi tersebut berada dalam keadaan sihat dan dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil,” katanya.

Jelasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi terhadap sebarang kejadian tanpa maklumat yang sahih.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau balai polis yang berdekatan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*