Suka tutup laluan waktu kemuncak, pengguna luah hairan cara kerja JKR

Suka tutup laluan waktu kemuncak, pengguna luah hairan cara kerja JKR. Tipulah kalau ada yang menafikan tidak tertekan apabila berdepan kesesakan lalu lintas, terutamanya di waktu kemuncak iaitu pada waktu pagi dan petang ketika masing-masing ingin pulang ke rumah.

Namun, situasi itu bukan sahaja membabitkan pengguna kenderaan pacuan empat roda tetapi juga penunggang motosikal.

Malah, mereka lebih terdedah kepada bahaya apabila sering tertindas dengan kenderaan besar yang lain seperti kereta, lori mahupun kontena.

Justeru itu, mereka sedikit kecewa dengan sistem kerja pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) apabila pihaknya dikatakan gemar menutup laluan motosikal pada waktu petang di mana waktu semuanya baru hendak pulang dari tempat kerja.

Mungkin boleh berkompromi jika terdapat masalah lain seperti terowong ditakungi air atau laluan gelap kerana lampu rosak, namun adakah wajar jika ia kerap berlaku?

Disebabkan penutupan laluan berkenaan, mereka terpaksa merisikokan diri apabila semuanya berpusu keluar ke jalan besar yang mana pada waktu sama laluan tersebut juga merupakan susur keluar kenderaan dari laluan utama.

Pemilik akaun juga menafikan bahawa laluan terowong banjir tetapi adalah disebabkan oleh kerja-kerja pembersihan yang dilakukan.

Rata-ratanya luah hairan dengan cara kerja pihak terlibat yang dilihat seolah-olah susah untuk bertolak ansur.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*