Anggota polis parah ditetak di Shah Alam

Anggota polis parah ditetak di Shah Alam. Dua anggota polis termasuk seorang daripadanya parah di tangan selepas ditetak seorang penagih dadah dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Sungai Kandis, Seksyen 36 di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 petang itu, Inspektor Mohd. Zulhusni Hassani, 30, cedera di pergelangan tangan kanan manakala Lans Koperal Mohammad Ridzuan Marsudi, 31, pada pergelangan tangan kiri.

Kedua-duanya bertugas di bahagian D4 (Risikan / Operasi / Rekod Jenayah ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan telah dirawat di Hospital Shah Alam.

Mohammad Ridzuan bagaimanapun telah dirujuk ke Hospital Selayang bagi tujuan pembedahan tangannya dan kini dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, sebelum kejadian kedua-dua mangsa bersama lima lagi anggota polis membuat susulan berhubung kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Katanya, ini selepas seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun yang menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara didapati mengamuk dengan melanggar kenderaan jenis Honda Accord milik abangnya sendiri yang merupakan pesara guru berusia 53 tahun.

Suspek yang merupakan penganggur itu turut bertindak menghempas pasu bunga pada kereta abangnya selain mengejar saudara kandungnya itu dengan sebilah parang.

Turut baca ;

“Pasukan polis yang tiba di rumah suspek mendapati lelaki itu enggan memberikan kerjasama dengan mengunci rumah tersebut sebelum berjaya memasuki rumah tersebut kemudian.

“Bagaimanapun, suspek telah bertindak melibas parang ke arah Mohammad Ridzuan dan menyebabkan mangsa terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahan diri. Namun, tembakan itu terlepas ke udara akibat pergelutan dengan suspek didapati terus menyerang dan menyebabkan mangsa cedera di pergelangan tangan kiri sehingga tiga jari Lans Koperal polis itu tidak dapat digerakkan,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*