“Bapa mana tak baran…” Dakwa bayi diabaikan di taska, guru berdepan laporan polis.
Ramai ibu bapa agak berat hati meninggalkan anak mereka yang masih kecil di pusat jagaan taska ataupun asuhan kerana tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku.
Disebabkan perlu mencari rezeki dan juga tanggungjawab terhadap tugas, ibu bapa perlu berlapang dada serta berfikiran positif melibatkan anak-anak mereka yang dijaga dibawah individu yang tidak dikenali itu.
Baru-baru ini, tular akan luahan seorang bapa yang kecewa melihat bekas gigitan pada tubuh badan anaknya.
Menurut Bakti Zakaria di dalam laman Facebook Puncak Alam meluahkan rasa geram dan kecewa apabila anaknya yang baru 10 bulan itu dipenuhi bekas gigitan.
Menerusi gambar yang dikongsikan, terdapat lapan kesan gigitan di bahagian pipi, tangan, dan telinga malah terdapat kesan jatuh.
“8 kesan gigitan. Di pipi kanan kesan macam jatuh, pipi kiri kesan gigit, telinga tak pasti kena gigit atau kena benda lain tapi berdarah. Di belakang telinga bahagian kepala ada kesan gigit jugak, tangan kanan 4 kesan gigit, tangan kiri 1 kesan gigit,” jelasnya.
Jelasnya, ketika mahu menerima anaknya, taska berkenaan ‘lembut gigi dari lidah’ apabila berjanji akan menjaga anaknya dengan baik.
Lebih bertambah kecewa lagi apabila kameran litar tertutup taska berkenaan juga dikatakan rosak gara-gara tidak membayar dua bulan internet.
“Lepastu bila berlaku kecederaan pada budak. Nak tengok cctv alasan cctv tidak bayar dah 2 bulan Internet,” ujarnya.
Difahamkan, laporan polis telah dibuat berhubung perkara berkenaan.
Rata-rata warganet meminta agar bapa berkenaan membuat laporan polis. Malah, mereka juga meluahkan rasa bimbang sekiranya anak mereka berdepan perkara yang sama.
Turut baca
Leave a Reply