{VIDEO} “Sebab bunyi hon je…” Peniaga roti diminta diam waktu liputan dipertikai netizen

“Sebab bunyi hon je…” Peniaga roti diminta diam waktu liputan dipertikai netizen

Bagi individu yang pernah membuat liputan secara ‘live’ pasti sudah terbiasa dengan cabaran luar yang adakalanya menyukarkan tugas mereka.

Bukan sahaja disebabkan oleh faktor cuaca, tetapi juga keadaan sekeliling sehingga tugasan tergendala ataupun terganggu.

Misalnya seperti rakaman yang dimuat naik di Facebook.

Dalam video berdurasi 15 saat itu menyaksikan detik apabila temubual wartawan terganggu disebabkan bunyi hon peniaga roti di sebuah kawasan rumah flat.

Situasi tak disengajakan itu bagaimanapun menjadi perbualan dalam kalangan warganet apabila seorang lelaki berbaju kuning yang berdiri di sebelah Hannah Yeoh meminta agar peniaga itu senyap.

Sementara, individu yang ditemu bual hanya tersenyum dan kekal tenang berdepan kejadian tersebut.

Dalam waktu sama, kelembutan tingkah laku ahli parlimen Segambut itu juga dipuji ramai susulan mengenangkan reaksinya yang bersahaja mengawal situasi tersebut.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*