Banjir : PM lulus bantuan segera RM100 juta kepada Kelantan, Terengganu

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM100 juta kepada Kelantan dan Terengganu susulan banjir yang melanda negeri itu.

Anwar berkata, bantuan itu masing-masing RM50 juta diberikan kepada Kelantan dan Terengganu.

“Kerajaan hari ini bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM50 juta masing-masing di Kelantan dan Terengganu sebagai bantuan awal untuk meringankan beban akibat bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023.

“Bantuan ini adalah sebagai pemberian wang ihsan,” katanya pada sidang media selepas meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, Pasir Mas, Kelantan.

Anwar berkata, sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada setiap setiap ketua isi rumah (KIR) yang berpindah ke PPS.

“RM10,000 kepada keluarga yang kematian ahli akibat banjir dan bayaran diberikan kepada KIR,” katanya.

Terdahulu, Anwar turut membuat tinjauan kawasan terjejas banjir di Bandar Baru Apam Putera, Pasir Mas.

Turut baca :

Banjir : PM lulus bantuan segera RM100 juta kepada Kelantan, Terengganu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*