‘Bakul Rahmah’ yang bakal diperkenalkan oleh KPDN disambut baik banyak pihak khususnya bagi mereka yang kurang bernasib baik.
Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah mengadakan perbincangan hati ke hati bersama CEO 99 Speedmart Mr Lee Thiam Wah dengan tujuan menjayakan satu lagi program baru KPDN iaitu Bakul Rahmah (Kasih Sayang), khas untuk mereka yang paling memerlukan dalam kalangan B40.
Beliau turut akan susuli pertemuan dengan beberapa lagi pemain-pemain industri seperti Giant, NSK, dan lain-lain selepas ini, katanya.
Katanya lagi, semoga segala usaha dan kerjasama yang baik ini sedikit sebanyak dapat membantu rakyat meneruskan kehidupan seharian dalam keadaan ekonomi dunia yang agar mencabar ketika ini.
Semestinya kerajaan telah menetapkan beberapa pelan jangka masa pendek, sederhana, dan panjang dalam mengendalikan isu kos sara hidup.
Katanya juga, mana yang kita boleh lakukan dahulu, kita jalan dahulu.
Usaha gigih YB Menteri dapat sokongan baik oleh rakyat khususnya bagi mereka yang kurang bernasib baik.
Ada jua komen yang mengatakan, “Terima kasih YB, baru nampak negara kita ada menteri”
Like FB : Salahuddin Ayub
Leave a Reply