AWAS… Jangan ‘terlajak’! Ini hukum menyentuh alat kelamin pasangan semasa berpuasa

Apabila berada di dalam bulan Ramadan, sudah semestinya ramai dalam kalangan kita yang berlumba-lumba untuk menggandakan pahala. Jadi, penting untuk ambil tahu perkara apa yang makruh serta boleh membatalkan puasa selain makan dan minum, terutama sekali buat pasangan suami isteri yang rasa ingin bermesra dan menyentuh alat kelamin pasangan semasa berpuasa.

Ramai yang tertanya-tanya, adakah konsep bermesraan dan bersentuhan di bahagian sulit ini membatalkan puasa? Mari kita baca penjelasannya supaya anda tidak ‘terlajak’!

Perhatian kepada semua bahawa bermain atau menyentuh alat kelamin suami atau isteri adalah sebahagian daripada mubasyarah atau bermesra. Menurut ulama, bermesra dengan pasangan semasa berpuasa tidak membatalkan puasa, namun pastikan aktiviti suami isteri tidak menyebabkan pancutan air mani atau ejakulasi.

Tetapi, penting untuk diingatkan kepada semua pasangan suami isteri adalah untuk mengehadkan aktiviti bermesra seperti bercumbuan ketika berpuasa. Sebabnya, jika persetubuhan suami isteri membawa kepada pancutan air mani, hukum yang dahulunya makruh tahrim menjadi HARAM.

Disebutkan juga oleh Imam Al-Mawardi dalam kitab Al-Hawi Al-Kabir seperti berikut

أما إن وطئ دون الفرج أو قبل أو باشر فلم ينزل فهو على صومه لا قضاء عليه ولا كفارة، وإن أنزل فقد أفطر ولزمه القضاء إجماعا

“Jika seseorang mewathi’ selain farji’, atau berciuman dan bermesraan tanpa ada sperma yang keluar, maka puasanya tetap dinilai sah, tak perlu diqadha dan tak perlu membayar kafarat. Namun jika spermanya keluar, maka puasanya batal dan wajib mengqadha puasa tersebut menurut kesepakatan para ulama.”

Walaupun penjelasan di atas menyatakan makruh menyentuh atau main alat kelamin suami atau isteri seperti bercumbuan dan tidak membangkitkan nafsu serta menyebabkan pancutan, namun, adalah lebih baik jika umat Islam menjauhi perkara tersebut.

Salah satu ulama yang bernama Syaikh Wahbah Al-Zuhaili, membacakan salah satu isi kitab Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu yang berbunyi seperti berikut

ويسن له ترك الشهوات المباحة التى لاتبطل الصوم من التلذذ بمسموع ومبصر وملموس ومشموم كشم ريحان ولمسه والنظر اليه لما فى ذلك من الترفه الذى لا ينسب حكمة الصوم ويكره له ذلك كله كدخول الحمام

“Disunnahkan bagi orang yang berpuasa untuk meninggalkan hal-hal yang berkaitan dengan syahwat yang dibolehkan dan tidak membatalkan puasa, mulai dari kenikmatan yang berhubungan dengan pendengaran, penglihatan, persentuhan, dan penciuman, seperti mencium bunga, menyentuhnya dan memandanginya. Kerana hal itu termasuk kesenangan yang tidak sesuai dengan hikmah puasa. Semua itu hukumnya makruh, sebagaimana makruh mandi.”

Kesimpulan

1.Jika aktiviti itu pada kebiasaannya menyebabkan keluarnya air mani, maka batal puasanya dan wajib dia imsak (menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa) pada sepanjang siang yang berbaki, demi menghormati bulan Ramadan.

Kemudian, selepas Ramadan dia menggantikan semula. Wajib dia dan isteri bertaubat atas dosa itu dan memperbanyakkan amalan soleh mengatasi amalan maksiat yang mereka lakukan. Tiada kaffarah tertentu yang perlu dikeluarkan oleh kedua-duanya. Isteri tidak batal puasa, melainkan jika berlaku klimaks atau perbuatan yang menyebabkan batal puasa seperti menelan air liur suami atau memasukkan sesuatu melebihi had zahir faraj.

2.Jika aktiviti itu pada kebiasaanya tidak menyebabkan keluar air mani, seperti ciuman dan sentuhan ringan, atau memandang, maka jika keluar air mani secara tidak sengaja, sama ada bagi lelaki atau perempuan, maka tidak batal puasa.

*Semoga bermanfaat!

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*