Kejam! Remaja diculik, dibelasah dengan cota, tiga lelaki ditahan

SEORANG remaja berumur 17 tahun diculik dan dibelasah dalam kejadian di Kota Masai berhampiran Pasir Gudang, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian berlaku pada kira-kira 5 petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak

Rakaman video insiden itu yang berdurasi satu minit 14 saat turut menjadi tular di laman Facebook pada hari sama.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung penculikan mangsa.

“Berdasarkan rakaman video yang tular, mangsa dipukul dengan objek dipercayai topi keledar serta ditarik masuk ke dalam bonet kereta Proton Satria berwarna kelabu,” ujar Mohd Sohaimi.

Tambahnya, siasatan awal mendapati mangsa dibawa ke sebuah rumah di kawasan berhampiran dan dipukul dengan kayu cota serta beberapa objek lain sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan

Antara kecederaan yang dialami mangsa adalah luka di bahagian pipi kanan, leher, bahu dan pendarahan daripada telinga kiri.

“Pihak polis sudah menahan tiga lelaki berusia antara 15 hingga 37 tahun di lokasi berasingan sekitar Pasir Gudang pada Sabtu bagi membantu siasatan.

“Seorang suspek mempunyai 26 rekod jenayah lampau termasuk penyalahgunaan dadah. Suspek juga positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Mohd Sohaimi berkata pihak polis masih menyiasat motif di sebalik kejadian dan mengesan suspek lain yang terlibat.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*