{VIDEO} Remaja kurang ajar, hisap rokok dalam rumah ibadat ketika kejut sahur

MEMALU beduk di masjid dengan tujuan mengejutkan orang ramai bangun sahur pada bulan Ramadan sudah menjadi amalan dalam kalangan masyarakat Islam khususnya di kawasan perkampungan.

Di Indonesia pula, tradisi anak muda kampung menyanyi untuk mengejutkan penghuninya bangun bersahur juga antara yang dinanti-nantikan menjelang bulan suci ini.

Pada Jumaat, tular rakaman memaparkan tindakan sekumpulan pemuda bertindak mengejutkan penduduk di sebuah kampung menggunakan pembesar suara yang diletakkan di dalam masjid.

Walaupun ia dilihat sebagai usaha yang baik, namun tindakan kurang sopan mereka memainkan lagu tidak sesuai mendatangkan kemarahan dalam kalangan warga maya.

Situasi itu dipercayai berlaku di sebuah masjid di Indonesia, namun lokasi sebenar masih belum dapat dikenal pasti.

Bukan itu sahaja, berdasarkan klip berdurasi 45 saat itu, beberapa remaja terbabit didapati dengan selamba menghisap rokok di dalam masjid tersebut.

Sementara rakan yang lain hanya gelak terbahak-bahak, sebelum masing-masing keluar meninggalkan kawasan masjid tersebut.

Perbuatan mereka dianggap sangat biadab dan sama sekali tidak menghormati rumah ibadah umat Islam itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan pemuda-pemuda berkenaan.

“Remaja kurang adab, kurang ajar hisap rokok dalam rumah ibadat. Mengejutkan orang bersahur belajar daripada orang lama buat. Bukannya tergelak-gelak, suka mempermainkan penduduk walaupun berniat baik,” kata Zol Wan.

“Kejutkan sahur itu bagus, yang tak bagus dia hisap rokok dalam surau/masjid. Tidak menghormati rumah ALLAH SWT, tahu nak seronok saja,” tulis Samarah.

“Bukan nak sokong dia hisap rokok dalam rumah ALLAH SWT, itu memang kurang adab tapi rasanya kena bersyukur juga ada yang nak bangunkan sahur mungkin mereka pelapis nanti di masjid itu.

“Kita harapkan sahaja mereka berubah nanti lagi dekat dengan ALLAH SWT, akhlak dan adab pun dijaga maaf kalau silap,” tulis Muhammad Amirul Ilham Zambri.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*