“Asal banjir salahkan kerajaan…” DBKL keluarkan ‘teddy bear’ besar dari longkang buat ramai terkejut

“Asal banjir salahkan kerajaan…” DBKL keluarkan ‘teddy bear’ besar dari longkang buat ramai terkejut.

Semalam hujan lebat dibeberapa kawasan terutama di ibu kota telah menyebabkan air bertakung sehingga menyebabkan beberapa lokasi terjejas.

Susulan itu, tular akan sebuah video yang memaparkan pekerja-pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan ‘teddy bear’ dalam longkang di Bulatan Merdeka semalam.

Dalam video yang dimuat naik oleh laman Facebook DBKL dapat dilihat beberapa orang pekerja bertungkus lumus mengeluarkan patung beruang berkenaan yang sudah kotor.

Bukan itu sahaja, saiz patung tersebut yang agak besar pastinya menganggu aliran air di kawasan tersebut.

Pihak DBKL juga turut menegur akan tindakan tersebut yang pastinya menyebabkan banjir kilat sekaligus merugikan harta benda orang lain.

“Kenapa perlu buang di dalam longkang jika tidak diperlukan lagi tong sampahkan ada.

“Bila longkang tersumbat, banjir kilat berlaku. Ramai yang sengsara, mungkin kerugian harta benda lagi. Jangan salahkan pihak berkuasa tak buat kerja pulak nanti,” tulis DBKL.

Sehubungan itu, pelbagai reaksi yang ditinggalkan oleh warganet berhubung perkara itu. Malah ada juga yang memuji tugas DBKL kerana membantu mengawal aliran air disebabkan hujan lebat.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*