Artikel minda presiden, Sultan Selangor titah Hadi tak beradab

Sultan Selangor dukacita dengan kenyataan Presiden PAS Hadi Awang dalam artikel berjudul ‘Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan’, sambil baginda menyifatkan Ahli Parlimen Marang itu sebagai tidak beradab.

Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam surat diutuskan kepada Hadi, baginda menegur kenyataan sinis Hadi secara tidak langsung mengaitkan titah ucapan baginda dengan sikap Raja-Raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat.

“Mengaitkan titah ucapan baginda dengan sikap Raja-Raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat dan tidak mengejar kepentingan dunia semata-mata adalah satu kenyataan yang amat tidak bersesuaian serta tidak beradab dari sudut budaya orang Melayu yang sentiasa menghormati dan memelihara adab ketika menyuarakan pandangan dan nasihat kepada Raja-Raja Melayu,” katanya menurut kenyataan Selangor Royal Office di Facebook.

Baginda bertitah, kenyataan Hadi bukan sahaja mengelirukan malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan kepada perpaduan umat Islam khususnya di kalangan orang Melayu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*