“Akibat mudah naik angin…” Bapa dipenjara sembilan bulan ugut ‘cincang’ isteri

“Akibat mudah naik angin…” Bapa dipenjara sembilan bulan ugut ‘cincang’ isteri.  Seorang buruh binaan dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis selepas mengaku salah mengugut untuk mencincang isterinya menggunakan parang dalam kejadian pada 18 Julai lalu.

"Akibat mudah naik angin..." Bapa dipenjara sembilan bulan ugut 'cincang' isteri
Tertuduh (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu pada Khamis.

Tertuduh, Muhammad Hisyam Abdullah, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan bapa kepada enam anak dipercayai mengugut isterinya selepas berlaku perbalahan antara mereka.

Kejadian itu berlaku jam 9 pagi di sebuah kedai kopi di Kampung Chendering di sini.

Perbalahan itu dikatakan berpunca apabila isteri tertuduh meminta duit ketika tertuduh sedang bersarapan menyebabkan lelaki berkenaan naik angin.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara berkuat kuasa bermula tarikh tertuduh ditangkap pada 19 Julai lalu.

Kes tersebut dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Khairi Mohamed Noor, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Ain Mohd Rani.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*