Ajaran Ayah Pin didakwa mahu dihidupkan semula di Terengganu

Tangkap layar hantaran berkenaan di Facebook Imam Muda Kulan mengenai wujud gerakan untuk menghidupkan kembali ajaran sesat Ayah Pin di Besut.

Seorang imam masjid di Kampung Gong Pasir, Besut mendakwa, wujud gerakan untuk menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin yang pernah menggemparkan negara dengan ‘Kerajaan Langit’ pada tahun 1997.

Tengku Azlan Raja Mamat mendedahkan perkara tersebut menerusi perkongsian di akaun Facebooknya yang menggunakan nama Imam Muda Kulan, semalam.

“Ajaran Ayah Pin yang diwartakan sesat oleh kerajaan Terengganu pada 1997, kini didapati ada gerakan untuk dikembangkan semula di daerah Besut,” tulisnya di Facebook.

Hantaran Tengku Azlan tersebut menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang bimbang penularan semula ajaran Ayah Pin 2.0 boleh mempengaruhi umat Islam negara ini dan mendesak pihak berkuasa bertindak pantas.

Sebelum ini, ajaran Ayah Pin telah difatwakan sesat Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) pada tahun 1997.

Pada April 2005, Pejabat Tanah Daerah Besut telah mengeluarkan notis merobohkan beberapa premis dan replika gergasi di markas Ayah Pin di perkampungan berkenaan.

Pemimpin ajaran sesat tersebut Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad telah meninggal dunia di rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Besut kerana sakit tua pada usia 74 tahun pada 21 April 2016.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*