“Ajal maut ketentuanNYA…” Wanita peluk al-Quran jatuh dari tingkat 19

Seorang wanita cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 19 sebuah pangsapuri di Sungai Ara.

Kejadian jam 12.05 tengah hari itu mengejutkan penghuni setempat selepas menemui mangsa di bahagian tempat letak kereta bertingkat pangsapuri terbabit.

Difahamkan, senaskhah al-Quran turut ditemui dalam pegangan mangsa berusia 33 tahun itu ketika dia ditemui orang awam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Mohd Awis Kharni Abd Rahman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan bagi operasi membantu mengangkat mangsa.

”Mangsa diserahkan kepada pasukan kesihatan yang berada di lokasi kejadian untuk tindakan susulan,” katanya.

Mangsa yang sudah mendirikan rumah tangga itu diberikan rawatan awal oleh pasukan Bulan Sabit Merah sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk tindakan lanjut.

Difahamkan mangsa kini masih menerima rawatan di HPP.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*