“Terbaik abam polis…” Akhirnya semua suspek serang pusat tahfiz berjaya dikutip

Tangkap layar kejadian lima individu bertindak menyerang sebuah pusat tahfiz di Jalan Cheneras semalam.

“Terbaik abam polis…” Akhirnya semua suspek serang pusat tahfiz berjaya dikutip. Tiga lagi suspek yang terlibat dalam kes serangan ke atas pusat tahfiz di Jalan Cheneras di sini berjaya ditahan hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, dua suspek termasuk seorang suspek utama ditahan kira-kira pukul 2 pagi tadi di Terengganu manakala seorang lagi suspek ditahan pada pukul 8 pagi di Felda Lepar Utara 1 di Jerantut.

“Tangkapan terbabit dibuat berdasarkan maklumat yang diterima dari dua suspek ditahan sebelum ini yang membuat pendedahan tentang tiga suspek yang masih bebas terbabit.

“Ketiga-tiga suspek ditahan untuk proses dokumentasi dan polis akan mendapatkan perintah reman dari mahkamah,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Lipis di sini hari ini.

Menurut Azli ketiga-tiga suspek ditahan dan siasatan dilakukan di bawah seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh kawasan.

Selain itu katanya, kesemua suspek terlibat yang mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1957 atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan.

“Ujian saringan awal ke atas ketiga-tiga suspek berusia 30an itu mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis heroin,” katanya.

Semalan tular video memaparkan lima suspek bersama seorang pelajar telah pergi ke pusat tahfiz tersebut dengan tiga daripadanya telah menyerang seorang penjaga pusat tahfiz dan seorang pelajar menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan.

Ia dipercayai berpunca akibat rasa tidak berpuas hati suspek terhadap penjaga pusat tahfiz berkenaan berkaitan pembayaran makanan di pusat tahfiz tersebut.

Terdahulu, dua daripada lima lelaki yang disyaki terlibat ‘menyerang’ pusat tahfiz berkenaan berjaya ditahan semalam.

Turut baca

"Terbaik abam polis..." Akhirnya semua suspek serang pusat tahfiz berjaya dikutip

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*