Abang tiri ‘bernafsu binatang’, liwat budak 7 tahun ditahan

Gambar sekadar hiasan

Abang tiri ‘bernafsu binatang’, liwat budak 7 tahun ditahan. Seorang remaja lelaki ditahan dipercayai meliwat seorang kanak kanak lelaki berusia tujuh tahun.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan, Zaiham Mohd Kahar berkata, remaja terbabit yang juga abang tiri kepada mangsa melakukan perbuatan itu di Karak pada hari Ahad lalu.

“Pihak polis menerima laporan dari seorang lelaki warganegara tempatan berusia 34 tahun tentang anak kandungnya yang berusia tujuh tahun di liwat oleh abang tirinya yang berusia 17 tahun.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis, Bentong membuat tangkapan terhadap suspek,” katanya.

Beliau berkata suspek direman selama tujuh hari sehingga 6 November depan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Turut baca :

Abang tiri 'bernafsu binatang', liwat budak 7 tahun ditahan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*