Bapa Shuib Sepahtu tinggalkan UMNO sertai PAS

Bapa Shuib Sepahtu tinggalkan UMNO sertai PAS. Setiausaha Cawangan UMNO Parit Haji Ali, Alor Pongsu di sini yang juga bapa kepada pelawak dan pelakon, Shahmira Muhammad atau Shuib Sepahtu mengumumkan menyertai Pas.

Muhammad Arshad, 65, berkata, dia sudah lama mahu menyertai Pas dan membuat pertimbangan sebelum membuat keputusan menyertai parti itu..

Katanya, dia menyertai Pas bersama dua rakannya kerana tertarik dengan dengan gerak kerja kebajikan yang dilakukan parti itu.

“Bukan sehari dua saya berfikir tentang perkara ini, sudah bertahun-tahun. Saya tidak mahu menyebut secara jelas kenapa saya keluar UMNO, tiada siapa pun yang memaksa saya untuk menyertai Pas, ini kerelaan saya sendiri,” katanya.

Muhammad ditemui pemberita selepas menyerahkan borang keahlian Pas kepada Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad pada Majlis Munajat Perdana dan Pelancaran Calon Parlimen Bagan Serai di Tapak Pasar Alor Pongsui semalam.

Menurutnya, sebelum membuat keputusan menyertai Pas, dia berbincang dengan Shuib terlebih dahulu.

“Saya beritahu dia mengenai hasrat saya untuk menyertai Pas. Shuib kata terpulanglah kepada saya untuk membuat keputusan,” katanya.

Katanya, dia menyertai Pas bukan mahukan sebarang jawatan tetapi tertarik dengan gerak kerja Pas di lapangan terutama dalam hal-hal membantu individu dan buat perkara kebajikan tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa.

“Saya telah menjadi ahli UMNO lebih dari 20 tahun dan memegang jawatan sebagai Setiausaha Cawangan UMNO Parit Haji Ali Alor Pongsu selama 10 tahun,” katanya.

Turut baca :

Bapa Shuib Sepahtu tinggalkan UMNO sertai PAS

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*