Fenomena ombak besar berserta angin kencang dipercayai berlaku di pantai Teluk Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Menerusi klip video yang dimuat naik di laman Twitter oleh seorang pengguna dikenali sebagai @AkmalJame, kejadian itu dikatakan berlaku petang semalam.
“Teluk Likas, yang bawa kereta kalau boleh janganlah kasi kena air laut kereta kamu tu, kena makan karat nanti. Apa pun hati-hati semua!,” ciap individu tersebut.
Terdahulu berdasarkan klip video berdurasi 31 saat itu, kelihatan ombak besar membadai pantai tersebut sehingga ke atas permukaan jalan raya di pesisirnya.
Ombak kuat berserta angin kencang itu turut mengakibatkan beberapa kenderan simbahi air laut dan turut menyebabkan sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki terbalik.
Susulan perkongsian itu, beberapa pengguna turut berkongsi keadaan semasa sekitar kawasan terbabit ketika ini.
“Sekarang pun masih lebat hujan,” ciap @pikanorin.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @fi3dila.
“Tadi semasa lalu beberapa minit sebelum banjir. Sampai kedai makan, sudah kecoh di twitter/fb air naik. Semasa dalam perjalanan pulang banyak pulak ambulans, polis pun, macam tutup sudah tu jalan,” ciapnya.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalahsia) memaklumkan bahawa hujan berterusan dijangka berlaku di Sabah termasuk kawasan sekitar Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
Menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, MetMalaysia berkata, keadaan tersebut akan berlarutan sehingga Isnin depan.
Turut baca :
Leave a Reply