Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim lulus dengan undian suara petang ini.
Keputusan itu dicapai setelah speaker Johari Abdul tidak mengadakan undian belah bahagi.
Dengan keputusan itu, Anwar kekal sebagai perdana menteri, kira-kira tiga minggu selepas mengangkat sumpah jawatan selepas membentuk kerajaan perpaduan dengan BN dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.
Melalui undian suara, anggota parlimen perlu berkata “setuju” atau “tidak bersetuju” terhadap sesuatu usul.
Terdahulu, parlimen membahaskan usul itu terlebih dahulu.
Sementara itu, ketua whip PN Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) berkata pembangkang tidak meminta undi belah bahagi kerana tidak mahu mengundi “dokumen yang tidak sah”.
Dia merujuk kepada memorandum persefahaman antara parti-parti kerajaan untuk membentuk kerajaan perpaduan dan mendukung Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
“Kita tidak minta undi (belah bagi) sebab kita tak mengundi,” katanya.
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil pula berkata tidak semestinya undian belah bahagi dijalankan.
Katanya terdapat duluan pada 70-an ketika usul sama lulus dengan undian suara.
Leave a Reply