Johari Abdul dipilih speaker baharu, tewaskan calon PN, terima 147 undi

Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dipilih untuk menjadi speaker Dewan Rakyat pagi penggal pertama sidang Parlimen ke-15.

Beliau menerima 147 undi menerusi undian bersurat pada pembukaan sidang pagi ini yang berlangsung hampir 20 minit.

Johari yang juga timbalan pengerusi PH Kedah dicadangkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan disokong Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Semalam, beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai ADUN Gurun selepas mengesahkan namanya dicalonkan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Perikatan Nasional (PN) pula mencadangkan bekas menteri dalam negeri, Radzi Sheikh Ahmad, namun beliau hanya mendapat 74 undi.

Radzi dicalonkan ketua pembangkang Hamzah Zainudin yang juga Ahli Parlimen Larut dan disokong Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan.

Pada 2 Dis, Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, berkata beliau perlu mengosongkan jawatannya itu mulai 12 tengah malam, pada 18 Dis, seperti termaktub mengikut Perlembagaan.

Beliau yang juga bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipilih menggantikan Mohamad Ariff Md Yusof, pada 13 Jul 2020.

Pertukaran itu berlaku berikutan perubahan pentadbiran kerajaan persekutuan selepas Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan sebagai perdana menteri dan diganti oleh Muhyiddin Yassin.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*