Mayat mengering, kematian 4 sekeluarga cetus misteri

Mayat mengering, kematian 4 sekeluarga cetus misteri. Empat sekeluarga ditemui mati dalam keadaan tubuh sudah mengering akibat kebuluran di sebuah rumah pada Khamis lalu. Kes dipercayai melibatkan seorang bapa, ibu, anak dan bapa saudara.

Menerusi Ketua Polis Jakarta Barat AKP Taufik Ikhsan, empat sekeluarga itu meninggal dunia dalam tempoh yang berlainan sejak tiga minggu lalu. Kes dipercayai mereka (mayat) tidak makan dan tidak minum.

Berdasarkan pemeriksaan forensik, perut keempat-empat mayat berada dalam keadaan kosong, tiada makanan dan kekurangan air. Oleh kerana itu, otot mereka mengering dan menjadi kecil.

Kes ini dipercayai kurang nutrisi, makanan.

Mayat mengering, kematian 4 sekeluarga cetus misteri

Laporan Detik News menyatakan kes ini menjadi misteri apabila adik kepada mangsa, Ris, mempersoalkan kematian mereka akibat kebuluran. Tambah adik mangsa, keluarga itu tidak termasuk dalam kategori keluarga susah.

Pelik, saya juga tertanya-tanya. Kalau memang dia (mangsa) tiada makanan, dia boleh menghubungi saya. Lagipun mereka tidak mengeluh dengan ekonomi keluarga mereka, kerana mereka dari keluarga yang ‘standard’.

Tambah Ris, mangsa sering memberi bantuan dari segi makanan dan pakaian.

Susulan daripada itu, Ris menyatakan dia tidak mengetahui jika mangsa mempunyai hutang yang perlu dilangsaikan sehingga menganggu kewangan untuk membeli makanan kerana tidak berhubung sejak kebelakangan ini.

Datuk Bandar Jakarta Barat, Yani Wahyu Purwoko, meminta umum untuk tidak membuat tanggapan sendiri atas punca kematian empat sekeluarga ini.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*