Gara-gara bunyi hon keretanya tidak diendah petugas tol, seorang lelaki tidak semena-mena digelar ‘vandalisme’ kerana merosakkan palang tol.
Sorotan itu telah dikongsi semula oleh akaun ‘Sukan Star TV’ di laman Facebook yang memaparkan kelakukan pemandu Alza 2022 itu berulang kali mencuba agar pengimbas dapat mengesan Rfid miliknya.
Namun, palang tetap juga tidak dibuka sehingga akhirnya dia turun daripada kereta dan mematahkan palang tol itu untuk segera meninggalkan kawasan berkenaan.
Dalam ramai yang berpuas hati melihat tindakan berani lelaki itu kerana mereka pernah berada di situasi sepertinya.
Namun, tak kurang juga yang mengecamnya kerana menganggap perbuatannya tidak bijak.
Itu kerana melihat caranya memanggil petugas tol dengan membunyikan hon, walhal dia seharusnya menggunakan ‘mic’ yang terdapat bersebelahan kaunter tol ataupun loceng yang disediakan.
Turut baca :
Leave a Reply