Good bye Umno !! PAS pilih PN hadapi PRU15

Good bye Umno !! PAS pilih PN hadapi PRU15. PAS merapat barisan untuk memperkukuh hubungan dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Presiden PAS Abdul Hadi Awang membuat ketetapan itu dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS yang berlangsung lebih tiga jam di ibu pejabat parti itu hari ini.

“Memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional untuk menghadapi PRU15, atas prinsip penyatuan ummah,” katanya dalam kenyataan.

Good bye Umno !! PAS pilih PN hadapi PRU15

 

 

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditanya “nasib” Umno, hanya melambaikan tangan, mengunci mulut dan terus meninggalkan media.

Mesyuarat hari ini membincangkan hubungan kerjasama antara Umno dan Bersatu.

Sebelum ini murshidul amnya Hashim Jasin berkata PAS sedang meneliti hubungan antara Umno dan Bersatu apabila kedua-dua parti berkenaan saling menetapkan syarat berkaitan kerjasama politik bagi PRU15.

Hashim turut mendedahkan syarat Bersatu kepada PAS adalah memusuhi Umno.

Pada 2 Okt, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan tiga tuntutan kepada PAS sebelum kembali menjalin kerjasama politik – PAS keluar PN, memutuskan hubungan politik dengan Bersatu dan mengumumkan secara rasmi parti itu “mufarakah” (berpisah) 100% daripada PN dan Bersatu.

Hadi memaklumkan, mesyuarat tersebut turut memuktamadkan perbincangan kerusi-kerusi di negeri dengan PN.

“Senarai calon daripada negeri perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama,” katanya.

Sementara itu, Hadi berkata PAS mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan tiga negeri yang diterajuinya iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Ia bermakna, pilihan raya negeri (PRN) hanya akan diadakan tahun hadapan, tidak serentak dengan PRU15.

Kira-kira 50 wartawan dan jurugambar berkumpul sejak jam 9 pagi untuk melaporkan keputusan mesyuarat.

Bagaimanapun, Hadi hanya menyiarkan keputusan mesyuarat dalam akaun Facebooknya.

Turut baca :

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*