Polis bantuan buat content ‘merepek’ waktu bertugas dikritik. Kadang kala kita ada nampak individu yang bekerja dalam badan beruniform memuat naik video ketika mereka sedang bertugas dan upload di TikTok.
Malah, sebelum ini seorang anggota polis pernah membuat siaran langsung ketika dalam tugasan sehingga menyebabkannya dikenakan tindakan lanjut.
Tindakan itu menerima kritikan segelintir netizen yang berpendapat mereka ini melanggar etika kerja apatah lagi bekerja sebagai pihak berkuasa.
Video TikTok dimuat naik oleh seorang wanita mendapat perhatian seorang pemuda baru-baru ini di mana dia mempersoalkan motif rakaman tersebut dibuat.
Menerusi beberapa video, wanita yang merupakan polis bantuan itu dilihat memakai uniform dan telah dikritik kerana selalu membuat content ‘merepek’.
Tindakannya itu dikatakan membuat nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) tercemar atau ‘busuk’ kerana ramai beranggapan bahawa wanita berkenaan merupakan anggota polis.
Polis bantuan! Kenapa polis marah sangat kat diorang ni? Sebab diorang ni kadang kadang buat video main bedal semacam je.”
Kata pemuda itu lagi, tidak semua orang awam tahu membezakan seorang polis atau polis bantuan namun hanya dengan uniform begitu sahaja netizen akan menganggap dia adalah polis.
Perkongsian pemuda tersebut meraih perhatian netizen yang turut memerli tindakan wanita itu membuat content ‘tanpa motif’ hanya kerana mahu mendapat ‘views’.
Segelintir netizen menghentam wanita berkenaan kerana tidak menunjukkan contoh yang baik serta boleh membuatkan PDRM dikecam oleh rakyat.
Leave a Reply