Hanya kerana salah ejaan, pelajar 15 tahun dipukul, ditendang cikgu hingga sampai mati

Hanya kerana salah ejaan, pelajar 15 tahun dipukul, ditendang cikgu hingga sampai mati. Gara-gara salah mengeja perkataan ‘sosial’ ketika dalam peperiksaan, seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dilaporkan maut akibat dipukul oleh guru sekolahnya.

Memetik laporan Alarabiya, mangsa yang dikenali sebagai Nikhil Dohre didakwa dipukul guru sekolahnya sehingga tidak sedarkan diri pada awal bulan September lalu. Menerusi laporan yang dibuat bapa mangsa, anak lelakinya itu telah dipukul dengan batang besi dan ditendang oleh guru berkenaan. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun pada Isnin lalu, mangsa disahkan meninggal dunia di hospital utara negeri Uttar Pradesh, India akibat kecederaan dialaminya.

Menurut pegawai polis iaitu Mahendra Pratap Singh, guru terbabit yang merupakan suspek utama kes ini disyaki telah melarikan diri. Difahamkan, pihak berkuasa kini giat melakukan siasatan bagi menjejaki dan menahan suspek.

Menurut sumber, kematian Dohre telah mendapat perhatian rakyat di India malah ratusan penduduk telah berkumpul di jalanan bagi membantah perlakuan kejam yang menimpa mangsa. Dalam bantahan tersebut, mereka mendesak supaya guru terbabit ditahan sebelum mayat Dohre dibakar dalam upacara pengebumian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*