Khianat & gigit lengan isteri, penjawat awam ditahan

Khianat & gigit lengan isteri, penjawat awam ditahan.

Tidak tahan dengan penderitaan yang ditanggung, seorang wanita akhirnya membuat laporan polis berhubung tindakan suaminya yang dikatakan melakukan khianat serta menggigit lengannya.

Khianat & gigit lengan isteri, penjawat awam ditahan

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, suspek yang juga merupakan penjawat awam diberkas susulan laporan yang dibuat isterinya.

“Berlaku pergelutan di antara mereka sehingga mendatangkan kecederaan kepada mangsa dalam kejadian tersebut.”

“Suspek juga dilaporan telah memecahkan telefon bimbit isterinya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya yang ingin menggunakan wang Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) untuk membeli susu anak mereka.”

Khianat & gigit lengan isteri, penjawat awam ditahan

Katanya, kes berkenaan merupakan kes lama berdasarkan laporan polis yang dibuat pada Disember tahun lepas dan Januari tahun ini, namun wanita itu mendakwa dia pernah menarik laporan yang dibuat atas desakan sekeliling.

Bagaimanapun, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

Khianat & gigit lengan isteri, penjawat awam ditahan

Turut baca

{VIDEO} “Selamba tak pakai topi keledar…” Wanita hadap abam polis sambil cekak pinggang

“4 tahun jadi isteri yg jahat…” Wanita ‘kongsi’ cerita sebagai seorang ‘pendosa’

Gara-gara buat tuntutan palsu, Penyelia Rela dipenjara 14 hari, denda RM10,000

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*