Pilu !!! Budak 6 tahun rentung, 5 lagi cedera selepas rumah terbakar

Pilu !!! Budak 6 tahun rentung, 5 lagi cedera selepas rumah terbakar.  Seorang kanak-kanak rentung manakala lima individu lain cedera selepas kediaman mereka di Kampung Perpaduan, Jalan Kinabatangan, terbakar tengah malam tadi.

Bomba menemukan mangsa yang rentung, Mohd Adlinsyah Mohd Adsni, 6, di dalam sebuah bilik di rumah terbabit selepas api berjaya dipadamkan.

Lima mangsa lain, yang mengalami kecederaan melecur, terdiri daripada ahli keluarga mangsa – Mohd Adsni Sani, 43, Alina Sahari, 41, Mohd Isnain Mohd Adsni, 12, Mohd Adlisyam Mohd Adsni, 3, serta Mohd Ishak Hafsham, 15.

Jurucakap bomba Sabah ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.40 tengah malam.

Katanya, dalam kejadian itu, sebuah rumah jenis tidak kekal musnah sepenuhnya.

“Seorang mangsa ditemui rentung di dalam sebuah bilik, lima mengalami kecederaan manakala dua lagi penghuni rumah terbabit terselamat.

“Apabila pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, didapati turut terbakar ialah sebuah motosikal, manakala sebuah kenderaan pacuan empat roda berjaya diselamatkan,” katanya.

Kebakaran berjaya dikawal pada 2.04 pagi dan operasi ditamatkan pada 3.56 pagi.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital bagi menerima rawatan,” katanya.

Turut baca

 

Pilu !!! Budak 6 tahun rentung, 5 lagi cedera selepas rumah terbakar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*