“Padah hidup menipu…” Lelaki ditahan tipu pengusaha kedai emas RM560,000

“Padah hidup menipu…” Lelaki ditahan tipu pengusaha kedai emas RM560,000.

Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki menipu seorang pengusaha kedai emas dalam urusan jual beli emas 916 secara bersemuka di sebuah hotel di Jalan Stesen Sentral, ibu negara semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata, wanita berusia 41 tahun itu ditipu, selepas menyerahkan wang tunai RM560,000 kepada suspek dalam kejadian di Jalan Conway semalam.

"Padah hidup menipu..." Lelaki ditahan tipu pengusaha kedai emas RM560,000
Suspek direman empat hari sehingga 24 Mei ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau berkata, selepas menerima wang itu, suspek memberitahu mangsa yang dia akan kembali dengan emas 2.3kg seperti yang dipersetujui.

Turut baca

“Bagaimanapun, selepas beberapa jam menunggu, mangsa yakin dia ditipu suspek berusia 30 tahun itu yang tidak muncul-muncul dan segera membuat laporan polis.

‘’Polis merampas antaranya sebuah kereta, wang tunai berjumlah RM250,750, sebuah telefon bimbit dan beberapa helai pakaian, lima keping kad ATM pelbagai bank serta sekeping kad akses rumah,‘’ katanya dalam kenyataan malam tadi yang dipetik Bernama.

Dellhan berkata, suspek direman empat hari sehingga 24 Mei ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau menasihatkan orang ramai berwaspada dalam urusan perniagaan dan membuat semakan latar belakang individu atau syarikat terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang urusan jual beli.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*