Guru ditangkap tonton video lucah dalam kelas cetus kemarahan orang ramai.
Seorang guru lelaki yang mengajar di sebuah sekolah perempuan Hong Kong bertindak meletak jawatan selepas ‘ditangkap menonton video lucah di dalam kelas dan secara tidak sengaja memaparkan imej tersebut pada skrin, lapor akhbar South China Morning Post.
Kolej Leung Shek Chee di bandar Kwun Tong kelmarin turut memaklumkan bahawa pihaknya telah melaporkan kejadian itu kepada Biro Pendidikan dan pegawai polis perhubungan masyarakat.
Sekolah menengah subsidi kerajaan itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai guru tersebut yang didapati menonton video lucah semasa kelas berlangsung dengan imej porno terpancar di skrin dan dilihat oleh pelajarnya.
Turut baca
- “Bapa kecewa anak jadi mangsa buli…” Retak tangan, lebam badan lepas dibuli senior lewat malam
- {VIDEO} Kisah misteri tersembunyi di sebalik pulau lagenda Langkawi terbongkar
- Perjalanan tiga saudara lalu jalan potong ke Kota Tinggi, ini yang terjadi…
Pihak sekolah telah menggantung kerja guru tersebut Isnin lalu. Dia mengaku bersalah kepada pengetua sekolah dan meletak jawatan berkuat kuasa hari yang sama, kata pihak sekolah sambil memaklumkan nama keluarga guru itu sebagai Chiu.
Pihak sekolah juga menyediakan sesi kaunseling dan sokongan lain kepada pelajar dan memaklumkan ibu bapa mereka yang terlibat mengenai kejadian tersebut.
“Sekolah ini sangat mementingkan tingkah laku professional guru dan menganggap misi utamanya untuk melindungi kesejahteraan pelajar,’’ kata sekolah tersebut.
Seorang jurucakap biro pendidikan berkata, pihak berkuasa telah menerima aduan mengenai kejadian itu dan akan terus membuat siasatan susulan walaupun guru itu telah meletak jawatan.
Beliau berkata, pihak sekolah telah digesa untuk menjalankan siasatan dan dikehendaki mengemukakan laporan, manakala biro itu juga akan mengumpul maklumat sendiri sebelum mengambil tindakan lanjut.
Leave a Reply