{VIDEO} “Hang mahu pi mana…” Dua lelaki terkejut ‘disapa’ polis di lampu isyarat

Sudah terhantuk baru terngadah.

Itulah peribahasa yang boleh digambarkan dengan sikap segelintir pengguna jalan raya, bilamana mereka gemar melakukan sesuatu yang sebenarnya akan membahayakan diri.

Namun, mereka tidak sedar akan perkara itu sehinggalah berlaku kejadian yang tak diingini di depan mata ataupun selepas berlaku kepada diri sendiri sepertimana yang menimpa dua pemuda ini.

Seorang lelaki bersama pemboncengnya selamba menunggang motosikal di jalan raya tanpa memakai topi keledar.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi kedua-duanya apabila mereka disapa oleh seorang anggota polis di persimpangan lampu isyarat.

Kereta polis itu perlahan berhenti di hadapan motosikal yang ditunggangi pemuda berkenaan.

Lebih menghiburkan, cubaan penunggang motosikal untuk melarikan diri kelihatannya tidak kesampaian apabila helahnya berjaya ‘dihidu’ pegawai terbabit dan bergegas mengekori mereka yang cuba untuk ‘lolos’.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*