Jabatan Agama ‘dedah’ kisah sebenar akak buah diserang ‘gagak hitam’.
Rentetan isu yang tular sejak kebelakangan ini, seorang wanita yang juga merupakan pelayan wanita di sebuah kedai makan di Terengganu akhirnya ditahan.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) iaitu M Rozi Bidin.
Turut bersama dalam operasi tersebut adalah pihak polis serta Majlis Daerah Setiu pada malam Selasa.
“Keterangan telah direkodkan, beberapa saksi termasuk saksi tambahan akan turut dipanggil bagi membantu siasatan.
“Sebaik siasatan lengkap, kertas siasatan akan dihantar ke bahagian pendakwaan syarie untuk didakwa di bawah mana-mana seksyen.”
Tambah Rozi, sebelum ini wanita terbabit telah dipanggil ke pejabat JHEAT untuk diambil tindakan dan telah diberi nasihat.
“Kedai makan ini memang dalam pemantauan kita sebelum ia tular lagi.”
“Tindakan pun sudah diberi dan ketika itu pelaku tidak mengulangi perbuatan tidak senonoh, namun kali ini ia berlaku kembali.”
Sementara itu, menurut salah seorang pekerja restoran, dia kecewa kerana mendakwa wanita bernama Darlene itu teraniaya selepas ketelanjuran beberapa pelanggan mereka.
“Dia (Darlene) mangsa keadaan, orang lain buat hal, kami yang kena.”
“Tidak pasal-pasal terpaksa bercuti untuk sibuk menguruskan hal ini (beri keterangan pada pihak berkuasa).”
Sebelum ini, sebuah kedai makan di Setiu, Terengganu menjadi perhatian dan bualan orang ramai susulan melihat adegan pelayan dipeluk oleh kumpulan ‘mat motor’.
Kejadian itu membuatkan ramai berasa tidak senang duduk, termasuklah kaum wanita bilamana rata-ratanya luah bimbang jika pasangan mereka berada di dalam kelompok itu.
Justeru itu, ramai menggesa agar pihak berkuasa membuka mata dan mengambil tindakan ke atas wanita terbabit.
Turut baca
Leave a Reply