“Nak seribu daya…” Gelagat lelaki buat ‘delivery’ guna kuda buat ramai ‘terpaku’

“Nak seribu daya…” Gelagat lelaki buat ‘delivery’ guna kuda buat ramai ‘terpaku’ Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Perumpamaan itu mungkin dapat kita padankan dengan video yang kini menjadi buah mulut warganet di platform Twitter.

Menerusi video berdurasi 6 saat itu, memaparkan kepayahan lelaki berkenaan perlu mengawal kuda tunggangannya di tengah kesesakan lalu lintas sambil menggalas beg makanannya.

Lebih mencabar kesabarannya sebagai penunggang kuda, dia tetap meneruskan perjalanan dalam keadaan hujan renyai.

Meskipun kejadian bukan berlaku di Malaysia, namun kegigihannya membuatkan ramai ikut kagum.

Serasanya belum pernah lagi dibuat orang melakukan penghantaran dengan menunggang kuda, paling tidak pun basikal atau skuter elektrik.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*