{VIDEO} “Ingat line clear…” ‘Projek’ dalam lif, pasangan kekasih terkejut diacu pisau

“Ingat line clear…” ‘Projek’ dalam lif, pasangan kekasih terkejut diacu pisau.

Tular di media sosial memaparkan dua orang remaja berdepan detik cemas apabila disamun lelaki bersenjatakan pisau di dalam lif di sebuah apartmen di Desa Aman Puri, Desa Jaya, Gombak.

Menerusi video yang tular itu, dua remaja berkenaan dipercayai lelaki dan wanita dilihat ketakutan apabila tiba-tiba sebilah pisau berada di lehernya.

Bagaimanapun, penjenayah berkenaan melarikan diri selepas merampas telefon bimbit di tangan remaja lelaki berkenaan. Sementara itu, tua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi 45 saat yang tular di media sosial yang memaparkan kejadian samun di dalam sebuah lif jam 6.30 petang tadi

“Kami ada menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 17 tahun iaitu mangsa dalam kejadian itu yang berlaku jam 12.40 tengah malam, Isnin lalu di dalam sebuah lif di apartmen berkenaan.

“Suspek bersenjatakan pisau melakukan rompakan ke atas mangsa dan memaksanya menyerahkan barang berharga.

Dalam kejadian itu, mangsa hanya mengalami kerugian sebuah telefon bimbit dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan rompakan.

“Usaha mengesan dan menahan suspek masih diteruskan. Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Ishak Abu Bakar di talian 03-61262222/011-39032329,” katanya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*