Berang kereta mahal ditendang, amoi ‘lunyai diganyang’ pemandu.
Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan pergaduhan dan perbalahan melibatkan pemandu kereta bersama seorang gadis dipercayai berlaku di Singapura.
Dalam video yang tular dimuat naik oleh laman Facebook Dashcam Owner Malaysia itu, memaparkan gadis berkenaan beberapa kali menendang kereta Toyota Vellfire yang dipandu lelaki tersebut.
Tidak puas hati akan perbuatan itu, pemandu tersebut bertindak keluar dan menampar gadis berkenaan.
Bagaimanapun, gadis tersebut tidak mahu mengalah dan berkali-kali menendang kereta tersebut hingga rosak di bahagian ‘side mirror’ kenderaan itu.
Geram akan perkara tersebut, pemandu berkenaan sempat membanting gadis itu sebelum pergi dari tempat kejadian.
Rata-rata warganet berpuas hati melihat tindakan pemandu tersebut terhadap gadis berkenaan. Namun, mereka juga turut tertanya-tanya punca kejadian itu berlaku.
Turut baca
- “Bini kau apa kurang…” Tegur lelaki dakap pelayan kedai, Caprice ‘disembur’ netizen
- MJ ‘kantoi’ berkhalwat dengan lelaki Bangladesh
- {VIDEO} “Nyawa bukan mainan…” Bagi ubat lebih dos, jururawat ‘koyak’ kena ‘sembur’
Leave a Reply