Anak ulama terkenal ‘dituduh’ cabul murid perempuan.
Ulama terkenal di Jombang, KH Muhammad Mukhtar Mukhti meminta jasa baik pihak polis tidak menangkap anaknya yang didakwa mencabul pelajar wanita kerana percaya ia adalah fitnah semata-mata.
CNN Indonesia melaporkan, Kiai Mukhtar membuat permintaan tersebut semasa acara tausiah yang dihadiri ratusan jemaah Shiddiqiyyah di Pondok Pesantren Majmaal Bachroin Hubbul Wathon Minal Iman Shiddiqiyyah, Desa Losari, Jombang.
Insiden tersebut tersebar luas dalam media sosial dengan ulama itu berucap di depan ratusan jemaah sambil melaungkan takbir.
“Demi keselamatan kita bersama, demi kejayaan Indonesia Raya, ini adalah fitnah terhadap keluarga saya.
“Kembalilah ke tempat masing-masing dan jangan ambil anak saya. Semuanya adalah fintah, Allahu Akbar,” kata ulama itu.
Turut baca
- 80 peratus rakyat Malaysia termasuk ahli UMNO percaya Najib bersalah – Rafizi
- Sindiket nikah tanpa tauliah didalangi ‘Ustaz Zul’ tumpas
- Bayi lahir 4 kaki, 4 tangan dianggap ‘jelamaan dewi’
Ketua Polis Jombang, Moh Nurhidayat berkata, suspek dikenali sebagai Much Subchi Azal Tzani atau dikenali Mas Bekhi, 42, merupakan penjaga di pondok tersebut dan berjaya meloloskan diri ketika dikepung anggota polis.
Katanya, ketika itu dia bertindak sebagai perunding untuk memberkas suspek yang diburu.
Namun, jelasnya, proses perundingan tidak berjalan seperti diharapkan kerana melibatkan ratusan pengikut kiai dan anakya.
“Ratusan pasukan keselamatan yang lengkap bersenjata dikerahkan ke pondok pesantren itu sehingga suasanan bertukar tegang.
“Akses masuk ke kawasan sekolah itu turut dikawal oleh ratusan pengikut ulama tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, wakil Ketua Pengurus Wilayah Nahdlatul Ulama Jawa Timur, KH Abdul Salam Shohib berkata, sebagai rakyat yang baik mereka perlu taat kepada undang-undang dan memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa.
“Prinsipnya sebagai warganegara yang baik, siapapun perlu taat undang-undang. Ini kerana, anggota polis hanya melaksanakan tugas mengikut prosedur,” katanya.
Minggu ini, pihak polis di Jawa Timur sudah menangkap tiga individu selepas aksi kejar mengejar di Ploso, Jombang.
Suspek berdepan pertuduhan pemerkosaan dan perbuatan cabul terhadap lima pelajar perempuan di bawah umur.
Walaupun proses perbicaraan sudah berjalan selama dua tahun, suspek sehingga kini belum ditahan pihak polis.
Leave a Reply