80 peratus rakyat Malaysia termasuk ahli UMNO percaya Najib bersalah – Rafizi.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa kajian mendapati 80 peratus rakyat Malaysia termasuk dalam kalangan orang Melayu dan ahli UMNO percaya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah dalam kes mahkamah dihadapinya.
Rafizi mendakwa, kaji selidik itu dibuat pada tahun 2021 selepas syarikatnya dilantik oleh organisasi korporat dan perbankan untuk memberi pandangan mengenai populariti Najib dalam tahun 2021.
“Negara kita sedang berdepan pelbagai cabaran terutama cabaran ekonomi. Rakyat terpaksa berdepan bebanan sara hidup lebih tinggi dan kemampuan kerajaan untuk membantu rakyat makin terbatas kerana ruang fiskal yang sempit.
Turut baca
- Hanya curi 2 peket Milo, suri rumah anak 4 dipenjara 14 bulan buat ramai terkejut
- Yasin ‘syukur’ terlepas hukuman gantung
- {VIDEO} “Jadi lelaki pun tak selamat…” Penghuni rumah bujang ketakutan, diganggu lelaki ‘kunyit’
“Sebahagian dari punca kebuntuan kewangan kerajaan ini adalah disebabkan bebanan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diwariskan oleh Najib kepada rakyat.
“Sebab itu untuk negara bergerak ke hadapan dan menerima hakikat kita akan terus dibebankan dengan bencana kewangan yang berpunca dari 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan berkata, walaupun UMNO adalah saingan PKR, masa depan negara bergantung kepada parti-parti politik termasuk UMNO dipimpin oleh mereka yang bersih dari rasuah, cekap mentadbir dan mempunyai wawasan.
Ujar beliau, jika parti yang menang pada suatu masa nanti adalah PKR, negara masih memerlukan barisan pembangkang seperti UMNO yang cekap dan bersih untuk membawa isu-isu rakyat serta menyemak tindakan kerajaan PKR.
Sehubungan itu, beliau memuji Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan kerana didakwa telah membuat kenyataan Najib adalah bersalah setelah mahkamah membuktikan Najib menyeleweng dana rakyat melalui 1MDB.
Leave a Reply