{VIDEO} “Jadi lelaki pun tak selamat…” Penghuni rumah bujang ketakutan, diganggu lelaki ‘kunyit’

“Jadi lelaki pun tak selamat…” Penghuni rumah bujang ketakutan, diganggu lelaki ‘kunyit’

Kalau selalunya orang wanita sahaja yang berdepan dengan gangguan seksual, namun kini golongan lelaki juga tidak ketinggalan.

Baru-baru ini, tular di laman Twitter apabila sekumpulan lelaki dikatakan berdepan detik cemas apabila rumah bujang mereka diceroboh lelaki tidak dikenali.

Kejadian itu dikongsikan oleh pengguna Twitter dikenali sebagai Darwisy_aziz yang cemas apabila dia dan rakan serumah dikatakan telah diganggu oleh seorang lelaki yang merupakan jiran belakang rumah sewa mereka.

Menurutnya, lelaki berkenaan muncul pada waktu malam di pintu belakang rumah mereka malah mengajak penghuni di dalamnya untuk ‘bermain’ dengannya.

Darwisy juga memuat naik video yang memapatkan lelaki berkenaan mengelilingi rumahnya dan mencuba untuk membuka pintu belakang.

Keadaan menjadi lebih cemas apabila lelaki berkenaan dipercayai berjaya masuk ke dalam rumah tersebut gara-gara penyewa baru yang mengajak individu tersebut yang membuka pintu untuknya.

Darwisy juga berkongsi bahawa penyewa baru itu seakan mencurigakan namun lebih terkejut apabila lelaki berkenaan diajak masuk ke rumah sekaligus berduaan di dalam bilik selama satu jam.

Tidak pasti apa yang dilakukan mereka berdua, Darwisy akhirnya bertindak melaporkan perkara itu kepada pemilik rumah tersebut menyebabkan penyewa baru itu dihalau serta keselamatan rumah tersebut diperketat.

Rata-rata warganet turut meluahkan rasa seram melihat keadaan itu. Bahkan mereka juga berharap penghuni rumah berkenaan lebih berhati-hati selepas ni.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*