{VIDEO} Berang kena saman, gadis pukul, tendang, gigit serta maki anggota polis

Berang kena saman, gadis pukul, tendang, gigit serta maki anggota polis.

Gara-gara disaman oleh pihak polis, seorang gadis di Indonesia bertindak secara agresif dengan menampar dan mengigit anggota berkenaan. Video tersebut bagaimanapun tular di media sosial dan meraih pelbagai respon daripada wargamaya.

Menerusi laporan media tempatan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di jambatan Kampung Melayu, Jakarta sebelum video berkenaan dikongsi semula di laman Instagram @memomedsos.

Gadis berstatus mahasiswa dipercayai telah ditahan oleh anggota polis berikutan melanggar peraturan lalu lintas dengan melawan arus dan menerusi video berkenaan dapat dilihat dia sedang bertengkar dengan anggota polis yang bertindak menegurnya.

Bercerita lebih lanjut, gadis ini turut melemparkan kata-kata kesat selain memukul, menendang, dan mengigit mangsa yang ketika itu hanya menjalankan tugas. Bagaimanapun, beberapa individu yang berada di tempat kejadian cuba menenangkan gadis berkenaan dan dia mendesak supaya pihak polis tidak mengenakan saman terhadap dirinya.

Susulan daripada itu, gadis berkenaan telah dibawa ke Pejabat Polis Metro Jakarta Timur untuk siasatan lanjut.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*