SEORANG penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, atas pertuduhan merogol dan mencabul kehormatan anak perempuannya yang berusia 19 tahun, pada bulan lalu.
Lelaki berusia 38 tahun itu mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 376(3) dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani, pada Jumaat.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Batu Gajah, pada Februari lalu antara pukul 10 malam hingga tengah malam.
Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebat.
Dalam pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan jenayah kekerasan dengan niat mencabul kehormatan mangsa di lokasi sama pada pukul 8.30 pagi, 20 Mac lalu.
Dia boleh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, sebat, atau mana-mana daripada dua hukuman itu.
Hakim Norita menetapkan 17 April depan untuk memutuskan hukuman ke atas tertuduh.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Qurratu’aini Khalifah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Turut baca :
Leave a Reply