{VIDEO} Kehadiran Ramadan bertukar hiba, dua beradik meraung tatap rumah dijilat api 2 hari sebelum puasa

KEGEMBIRAAN sebuah keluarga menyambut kedatangan Ramadan bertukar hiba apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Lahar Yooi, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Lebih memilukan, kejadian itu berlaku pada Ahad, hanya dua hari sebelum umat Islam seluruh Malaysia menunaikan rukun Islam kelima pada tahun ini.

Rakaman insiden itu turut dikongsikan menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok dengan nama pengguna akaun Farhan Sam pada hari kejadian.

Klip berdurasi 43 saat itu menunjukkan penghuni rumah tersebut menangis teresak-esak sambil meratapi kediaman mereka yang hangus dijilat api.

Dalam video sama, mangsa dilihat cuba ditenangkan oleh penduduk kampung yang berada di kawasan tersebut.

Seramai 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor dan 10 anggota bantuan dari BBP Kepala Batas berada di lokasi kejadian membantu memadamkan kebakaran itu.

{VIDEO} Kehadiran Ramadan bertukar hiba, dua beradik meraung tatap rumah dijilat api 2 hari sebelum puasa
Anggota bomba dalam operasi memadamkan kebakaran.

Rata-rata warga maya yang menyaksikan rakaman berkenaan meluahkan rasa simpati terhadap ujian yang menimpa keluarga itu.

Malah, penurut perkongsian Farhan Sam, sudah ramai orang awam yang menghulurkan derma bagi membantu meringankan beban ditanggung mangsa.

Bagaimanapun, punca kebakaran belum diketahui dan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*