“Nombor 7 paling best” – 9 kenangan kad raya macam dulu-dulu buat ramai rindu

Masihkah anda ingat memori kali terakhir mendapat kad raya atau memasang pelita buluh untuk malam tujuh likur?

Itulah antara tradisi Hari Raya yang semakin pudar dan dilupakan seiring dengan peredaran zaman

Kalau dahulu pemberian kad raya ini antara benda wajib yang akan dilakukan, baik kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Memori pemberian kad raya ini sememangnya meninggalkan sentimental value dalam diri seseorang.

Malah, ada yang menghabiskan masa berjam-jam lamanya memilih kad raya dan sanggup beratur di pejabat pos untuk membeli setem.

Berikut di bawah kami kongsikan 9 kenangan kad raya macam dulu-dulu buat ramai rindu:

1. Suatu ketika dahulu, paling excited tunggu abang posmen sampai di depan rumah. Tertanya-tanya, “ada tak surat untuk saya hari ni bang?”

2. Kad raya yang dihantar penuh dengan bedak atau disembur dengan pewangi, biasanya cara begini digunakan untuk pasangan yang sedang hangat bercinta

3. Selalu compare dengan kawan-kawan sekelas siapa yang dapat kad raya paling banyak, especially daripada secret admirer masing-masing

4. Kad raya digunakan untuk menghias rumah menjelang Hari Raya. Kad raya akan digantung di sana sini atau ditampal di dinding-dinding rumah.

5. Ada kad raya yang direka sendiri dan dalam pelbagai saiz. Ada yang mencipta kad raya sendiri dengan memotong huruf-huruf daripada suratkhabar dan majalah untuk mencantikkan kad raya masing-masing

6. Salah satu kad raya yang popular dahulu adalah kad raya yang disertakan dengan bunyi lagu-lagu Raya. Ramai yang teruja apabila mendengar instrumental lagu Raya sebaik sahaja kad raya dibuka, apatah lagi semasa membaca bait-bait ucapan yang dihantar oleh orang yang tersayang.

"Nombor 7 paling best" - 9 kenangan kad raya macam dulu-dulu buat ramai rindu

7. Ucapan Raya dulu-dulu bukan main, macam-macam pantun, ada juga yang puitis! Antara pantun paling popular dulu-dulu, pendek aje, “Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas!” Ada lagi satu, “Pecah kaca pecah tong, sudah baca harap gantung!”

8. Paling manis, dulu-dulu bersemangat hantar kad raya kepada artis kesayangan kita. Lepas tu, artis kesayangan kita tu balas. Punya excited sampai bagitahu semua orang, kalau boleh satu kampung, “Aku dapat kad raya dari Erra Faziraaa!”

9. Satu lagi kenangan nak hantar kad raya dulu-dulu, kena beratur nak beli setem, lepas tu tampal satu-satu kat sampul, kadang-kadang guna gam yang ada dekat pejabat pos tu, kadang-kadang juga air liur kalau terdesak (hehehe), baru masukkan kad raya tu ke dalam kotak pos. Kena hantar awal-awal, jangan tunggu sampai minggu terakhir Ramadan. Memang tak sampailah kad raya tu dik.

Jadi sempena raya tahun ini, jom kembalikan tradisi menghantar kad raya macam dulu-dulu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*