Biadap !!! Hanya kerana ‘dijeling’, nenek 64 tahun ditampar, dijirus dengan air teh

Biadap !!! Hanya kerana ‘dijeling’, nenek 64 tahun ditampar, dijirus dengan air teh.

Seorang lelaki bertindak membaling dua baldi ke arah adiknya selain menampar dan menjirus air teh suam di seluruh badan neneknya hanya kerana dijeling!.

Kejadian yang berlaku di Kampung Tasik Tambahan, Ampang Jaya itu bermula apabila suspek bertindak membaling baldi dan kena pada bahagian belakang badan mangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian jam 9.30 malam, adik perempuan berusia 23 tahun ketika itu berada di rumah melihat abangnya, 25, pulang dalam keadaan marah.

“Suspek juga menampar dan menjirus air teh suam pada seluruh badan neneknya berusia 64 tahun.”

“Mangsa mengalami kecederaan tisu bahu manakala neneknya cedera di pipi di mana kedua-kedua mangsa mendapat rawatan di Hospital Ampang.”

Susulan kes itu, pihak polis berjaya menahan suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pada jam 8.26 malam.

“Punca kejadian kerana adiknya menjeling ke arah suspek semasa pulang rumah.”

“Turut dirampas dua baldi yang digunakan semasa kejadian.”

Tambah Mohamad Farouk, suspek juga akan mengamuk dan seorang yang panas baran jika tidak mendapat wang seprti yang diminta.

“Suspek masih mempunyai kedua ibu bapa namun sudah lama bercerai dan tidak pernah berjumpa dengan bapa kandungnya.”

“Suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan membuat ugutan sehingga mendatangkan ketakutan.”

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*