{VIDEO} Budak perempuan ditemui ‘lalok’, mengaku ambil pil terlarang

Budak perempuan ditemui ‘lalok’, mengaku ambil pil terlarang.

Viral di media sosial TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nur Athirah yang menceritakan keadaan seorang budak perempuan telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat budak perempuan itu berada dalam keadaan khayal di sebuah rumah bersama seorang lagi rakannya.

Menurut wanita itu, adik lelakinya telah menerima panggilan daripada budak perempuan tersebut supaya mengambilnya di sebuah rumah.

Jelasnya, setelah sampai ke lokasi dia telah menemukan remaja perempuan ini dalam keadaan berbau hapak dan lalok.

Malah, remaja itu turut mengakui dia telah mengambil pil terlarang iaitu epam dan sudah seharian tidak balik ke rumah ibu bapa. Lapor Majoriti.

Dalam pada itu, wanit itu turut menitip pesanan buat ibu bapa diluar sana agar tidak mudah untuk membenarkan anak-anak mereka untuk mengikut lelaki ke mana-mana.

 

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*