{VIDEO} “MashaAllah…” Hanya berjalan kaki rentas 9 negara, lelaki 52 tahun menangis bila sampai di tanah suci

“MashaAllah…” Hanya berjalan kaki rentas 9 negara, lelaki 52 tahun menangis bila sampai di tanah suci

Seorang lelaki berusia 52 tahun menggemparkan dunia ketika dia hanya berjalan kaki menuju ke Mekah untuk menunaikan haji selama 11 bulan.

Berasal dari United Kingdom, Adam Muhammad tidak dapat menahan air mata saat tiba di tanah suci dengan sebuah troli yang digunakan sebagai tempat berteduh, ditemani seekor anjing jalanan bernama Serbia.

Adam difahamkan merentasi 9 negara dari United Kingdom, untuk tiba ke Mekah. Pada Ahad lalu, misinya berjaya setelah dia berjaya tiba di sana dan akui hal ini dirancang tiba-tiba.

Menerusi kemas kininya, Adam selalu dibantu oleh bebrapa individu untuk menolak trolinya bagi memudahkan perjalanan di samping memmberi Adam sedikit masa untuk berehat. Saat tiba di sana, Adam disambut meriah dan mesra oleh penduduk setempat.

Apabila tiba di tanah suci, Adam terus menangis kerana terharu perjalanannya selama 11 bulan yang penuh dengan dugaan akhirnya membuahkan hasil. Dia juga trut terimbau kenangan pernah diganggu oleh beberapa orang yang tidak dikenali.

Para netizen yang selama ini mengikuti perjalanan Adam turut sebak tatkala melihat kejayaan lelaki berusia 52 tahun itu akhirnya berjaya mencapai impiannya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*