{VIDEO} Panas hati kena saman, ‘driver’ jengkaut ‘bedal’ MPV JPJ

Panas hati kena saman, ‘driver’ jengkaut ‘bedal’ MPV JPJ

GARA-gara berang disaman, seorang lelaki bertindak agresif melanggar sebuah kenderaan milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga terbalik dengan menggunakan jengkaut.

Kejadian terbabit dipercayai berlaku di Jalan Kepayan, dekat Kampung Magatang, Keningau ketika sepasukan anggota JPJ melakukan operasi rondaan.

Memetik laporan Berita Harian, anggota JPJ terbabit telah bertindak menahan pemandu jengkaut bagi tujuan pemeriksaan selepas disyaki berada di dalam keadaan yang mencurigakan.

Susulan penahanan tersebut mendapati pemandu jengkaut tersebut tidak memilik lesen memandu kelas F.

Bagaimanapun, selepas saman dikeluarkan oleh pihak JPJ, pemandu jengkaut bersikap tidak puas hati sebelum secara tiba-tiba nekad melanggar kenderaan milik JPJ sehingga terbalik.

Difahamkan, anggota JPJ terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan namun kenderaan tersebut telah rosak teruk.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim mengesahkan kejadian terbabit dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Turut baca

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*