‘Maki’ penyanyi cilik hingga ‘terkedu’ Mas Idayu dikecam.
Terkenal sebagai artis bermulut pedas, nama Mas Idayu sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas membuat komen dalam satu rancangan kanak-kanak yang dikenali sebagai Ceria Popstar Xtar 2022.
Untuk makluman, program Ceria Popstar Xtra 2022 ini mencungkil bakat cilik dalam bidang nyanyian dan telah mula disiarkan pada 29 Jun 2022.
Bagaimanapun, antara menjadi tumpuan ramai pada minggu pertama itu adalah kritikan yang diberikan Mas Idayu sebagai juri tetap dalam program terhadap peserta bernama Dhiyaa.
Kanak-kanak berusia 11 tahun itu mempertaruhkan lagu ‘Teman’ yang dipopularkan Iman Troye berserta menunjukkan aksi menarinya sepanjang persembahan tersebut.
Walau bagaimanapun, persembahan tersebut mendapat kritikan pedas dari Mas Idayu, yang menurutnya peserta berkenaan mengabaikan fokus dalam nyanyian berikutan terlalu asyik menari.
View this post on Instagram
Terkedu dengan kata-kata pedas itu, Dhiyaan dilihat menahan sedih sekaligus mengalirkan air mata ketika masih lagi berdiri di atas pentas.
Rata-rata warganet bersimpati terhadap peserta cilik itu selain memberi sokongan kepada kanak-kanak itu
Malah, mereka juga berpendapat bahawa komen yang diberikan itu terlalu ‘tegas’ dan tidak sesuai untuk kanak-kanak.
Turut baca
Leave a Reply