Peluk Islam selepas 45 tahun berkhidmat di gereja, kisah luar biasa paderi ini jadi perhatian

Kisah luar biasa seorang paderi terkenal di Australia, Gould David yang memeluk Islam baru-baru ini meraih perhatian seluruh dunia.

Masakan tidaknya, beliau sebelum itu mengabadikan diri dengan berkhidmat di gereja selama 45 tahun.

Memetik laporan portal Muslim Telegraph, tindakan bekas paderi tersebut membuatkan ramai yang ingin mengetahui kisah disebalik pengislaman tersebut.

“Berita tersebut menarik perhatian dan mencetuskan perbualan kerana orang ramai tidak sabar-sabar untuk mengetahui motivasi di sebalik keputusannya (kembali kepada fitrah Islam),” katanya sebagaimana dipetik menerusi muslimtelegraph.com.

Pun demikian, sehingga ke hari ini, belum ada pengesahan tarikh sebenar David atau nama Islamnya Dave Abdur Rahman Gould memeluk Islam

Dalam catatan ringkasnya di laman sosial Facebook miliknya, Abdur Rahman mencoretkan: “Seumur hidup mencari kedamaian Tuhan dan al-Quran telah menunjukkan kepada saya bahawa keamanan dan kebenaran terletak dalam Islam,” katanya.

Sekadar makluman, Abdur Rahman sebelum ini pernah mendapat penghormatan sebagai seorang paderi dalam komuniti Kristian di bumi kanggaru itu.

Berita tentang saudara baharu tersebut turut menarik perhatian dunia. Rata-rata menitipkan ucapan menerusi media sosial masing-masing.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*