{VIDEO} “Orang macam ni tarik je lesen dia…” Iriz ‘cilok’ melulu, berhenti mengejut undang berang pengguna jalan raya

“Orang macam ni tarik je lesen dia…” Iriz ‘cilok’ melulu, berhenti mengejut undang berang pengguna jalan raya.

Memandu secara melulu di jalan raya sememangnya mengundang bahaya sekali gus mengancam keselamatan pengguna lain.

Malah sehingga hari ini, masih ada segelintir pemandu yang mempunyai sikap tidak bertanggungjawab dan peka terhadap perkara tersebut.

Ini dapat dilihat apabila tularnya sebuah video memaparkan pemandu kereta jenis Proton Iriz yang memandu secara berbahaya di lokasi yang tidak dinyatakan pada 28 Disember 2023.

Menerusi video kamera papan pemuka (dashcam) dimuat naik di Twitter (X) @HezeriSamsuri, kereta Iriz biru itu dilihat memotong jalan secara melulu sebelum tiba-tiba berhenti di tengah jalan.

Turut baca :

“Dia lupa orang dah ada dashcam. Tapi dia gembira katanya. Satu dunia dah nampak bahagian sayap belakang (spoiler) lawa dia tu. Misi tercapai. Syabas.

“Esok cilok depan kepala treler kat Port Klang, Selangor tau. Kami nak tengok siapa menang,” tulisnya.

Pada masa sama, pemilik video dashcam yang ketika itu berada di belakangnya kedengaran sempat membunyikan hon serta berang dengan tindakan pemandu terbabit.

Sementara itu, rata-rata warga maya yang menonton video berkenaan turut meluahkan kemarahan terhadap pemandu Iriz biru itu.

“Membahayakan nyawalah dia ni,” komen @iamnalianailaje.

“Orang macam ni sila tarik lesen dia balik,” tulis @syamm54.

Dalam pada itu, ada juga yang menyarankan agar pihak polis dapat mengambil tindakan dan mendakwa tindakan pemandu itu seolah-olah seperti pembuli jalan raya.

“Nombor plat ada. Polis Diraja Malaysia (PDRM) takutnya ada pembuli jalan raya macam ni. Kita tak tahu apa lagi yang dia mampu buat kepada pengguna lain,” komen @chicanoz.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*