{VIDEO} Lelaki serang hakim ketika jatuh hukum tular satu dunia

Seorang tertuduh keganasan domestik telah menyerang seorang hakim ketika mahu menjatuhkan hukuman yang dihadapinya semalam.

Video tertuduh, Deobra Redden, 30, menyerang Hakim Mary Kay Holthus di bilik mahkamah di Las Vegas telah tular di seluruh dunia.

Pada kejadian Rabu lalu itu, Redden cuba menyerang Holthus ketika hakim itu mahu menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Dalam video tular, kakitangan mahkamah bertindak melindungi hakim, di samping menarik tertuduh.

Serangan kejam itu membuatkan hakim terperanjat dan seorang marsyal dimasukkan ke hospital.

Turut baca :

Semasa perbicaraan semalam, Hakim Pro Tempore Lauren Diefenbach memerintahkan supaya jaminan Redden kekal pada AS$54,000 (RM250,803) buat masa ini, lapor Review Journal.

“Saya tidak selesa membuat sebarang keputusan tanpa kehadiran defendan,” kata Diefenbach.

Redden diarahkan kembali ke mahkamah, pada Selasa depan.

Pendakwa raya Clark County, Steve Wolfson berkata, Redden berbahaya kepada masyarakat selepas dunia menyaksikan insiden itu.

Redden, yang sebelum ini menjalani hukuman penjara untuk keganasan domestik, akan dijatuhi hukuman kerana cubaan keganasan dengan kecederaan serius apabila dia menyerang.

Dia kini menghadapi tuduhan tambahan iaitu keganasan kepada orang yang dilindungi, yang mengakibatkan kecederaan serius.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*